Geram Tengok Pelakon Kacak, Makcik2 Serbu Peluk Cium Siap Cubit Pipi

Entertainment
26 Jan 2024 • 8:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mungkin disebabkan geram tengok pelakon kacak, lautan ‘makcik-makcik’ dilihat begitu ‘buas’ memeluk, mencium dan mencubit pipi artis Indonesia yang datang ke daerah kampung untuk berkempen bersempena dengan pemilihan calon presiden di republik tersebut tidak lama lagi.

Santuni warga desa sebab berkempen

Dalam video yang dikongsi pelakon sinetron, Verrell Bramasta, dia kelihatan tetap tersenyum walaupun digomol makcik-makcik yang begitu teruja melihatnya yang segak menyantuni warga desa.

Geram tengok pelakon kacak sampai digomol

Ada di antara wanita warga emas yang berlari mendapatkan Verrell dan terus memeluk cium pelakon itu disamping pipinya dicubit-cubit warga setempat.

Verrell telah memuat naik video berkenaan di media sosial miliknya dengan kapsyen sopan berharap agar dapat bertemu lagi dengan warga setempat yang begitu menyukainya.

image is not available

Geram tengok pelakon kacak sampai lupa bukan mahram

Menjengah ke ruangan komen selebriti popular Indonesia itu, ramai yang tergamam melihat gelagat makcik-makcik tersebut kerana begitu ‘ghairah’ menggomol pelakon lelaki berkenaan sehingga langsung tidak memikirkan rasa malu.

Mereka juga menyelar tindakan wanita-wanita itu yang seakan lupa suami di rumah sewaktu bertemu dengan lelaki kacak.

image is not available

Nampak lelaki kacak sampai lupa suami di rumah

image is not available

Kalau macam ni kira gangguan seksual tak?

image is not available

Sumber: Instagram varrellbramasta

View Original Article