Geram Tengok Sisa Selotep Melekat Di Dinding? Ini Cara Mudah Untuk Tanggalkan

16 Feb 2023 • 12:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Geram bila nampak ada sisa-sisa selotep yang melekat di bahagian dinding bukan? Nak kikis pun, takut nanti cat dinding akan rosak dan berlubang.

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa cara untuk menanggalkan bekas selotep itu hasil idea daripada MumuMellow.

Guna selotep yang lain

@mumumellow

Guna salotep je untuk buang kesan double tape di dinding! #tiktokguru #dekorasikamar #dekorasi #diy

♬ DOTTO – Sound Effect

  1. Cara ini sesuai untuk membuang kesan double tape yang melekat tanpa merosakkan dinding.
  2. Dapatkan sebuah silotep dan potong berukuran dengan silotep yang melekat di dinding.
  3. Lekatkan di atas silotep yang lama dan tarik. Ulang langkah ini beberapa kali hingga silotep lama hilang.

Kikis silotep

image is not available

  1. Sekiranya cara pertama tidak membantu, silotep tersebut boleh juga dikikis tetapi akan merosakkan dinding.
  2. Cari apa-apa sahaja peralatan yang boleh diguna untuk mengikis dan kikis silotep yang lama.
  3. Letakan sedikit thinner di sebuah kain dan gosok dinding yang telah dikikis tadi.
  4. Tampal dan ratakan wall filler beberapa kali dan gosok kertas pasir setelah wall filler kering.

Setelah silotep tertanggal, dinding boleh dicat semula dan akan nampak baru tanpa mempunyai sebarang bekas. Selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media