Geran RM300,000 kepada koperasi di Kundasang

LocalTravel
17 Mar 2025 • 1:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Kundasang: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluluskan Geran Bantuan Pembangunan berjumlah RM300,000 daripada

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Koperasi Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad (Kopstay).

Beliau berkata, bantuan itu bagi membantu koperasi itu mengembangkan perkhidmatan mereka serta membangunkan produk pelancongan baharu, termasuk tapak glamping dan perkhemahan.

“Dengan penambahan tapak glamping dan perkhemahan ini, saya berharap Kopstay dapat menarik lebih ramai pelancong ke Kundasang, sekali gus merancakkan lagi ekonomi komuniti tempatan melalui sektor koperasi dan pelancongan berasaskan komuniti.

“Kopstay telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan pencapaian seperti Anugerah Kampung Lestari serta tadbir urus yang tersusun.

“Saya gembira melihat koperasi ini terus berkembang dan mengambil inisiatif untuk menambah nilai kepada perkhidmatan mereka melalui glamping dan perkhemahan,” katanya.

Menurut Ewon, bagi menyokong usaha ini, kementerian h meluluskan geran bantuan pembangunan berjumlah RM300,000 kepada Kopstay serta geran program Jejak Koperasi sebanyak RM12,500.

Beliau berkata demikian selepas melawat Koperasi Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad di Kg Sinisian dalam lawatan kerja sehari di sini, Sabtu.

Ewon turut mengajak Kopstay untuk menyertai Ekspo Pelancongan Koperasi yang akan diadakan di Kuala Lumpur bulan ini bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

“Ini adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran lebih luas.

“Saya yakin koperasi ini boleh menjadi contoh kepada koperasi lain dalam sektor pelancongan,” katanya.