Gerd Mueller jadi pencetus inspirasi Lewandowski

Football
18 Oct 2022 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lewandowski - Foto: AFP

ROBERT Lewandowski menyifatkan anugerah penyerang terbaik Trofi Gerd Mueller yang dimenangi buat tahun kedua berturut-turut pada Ballon d'Or merupakan inspirasi kepada dirinya selama ini.

“Saya sangat gembira dan bangga bukan sahaja disebabkan menang tetapi juga kerana nama trofi ini. Gerd merupakan inspirasi besar kepada semua pemain termasuk saya.

“Sebelum bermulanya saingan musim ini, saya sentiasa mahu memecahkan beberapa rekodnya. Ia sentiasa menjadi cabaran besar.

“Ia sangat emosional apabila dapat menjaringkan 41 gol di Bundesliga kerana saya tidak terfikir memecahkan rekod ini. Semua yang saya lakukan adalah untuk Gerd,” kata bekas penyerang Bayern Munich itu.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Barcelona dari Bayern Munich musim ini, meledak 57 gol dalam 56 perlawanan untuk kelab dan negaranya, Poland musim lalu sebelum itu menerima anugerah tersebut di Chatelet Theatre, Paris.

Tahun lalu, Lewandowski turut memenangi anugerah itu apabila memecahkan rekod jaringan semusim Bundesliga yang menjadi milik Mueller dengan 41 gol sebelum ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved