Gereja Ini Tawar Tiket Penerbangan Percuma Pulang Ke Sarawak Untuk Mengundi, Terbuka Untuk Pelajar IPT

24 Oct 2022 • 9:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Permohonan dibuka sehingga 27 Oktober ini

Gereja Ini Tawar Tiket Penerbangan Percuma Pulang Ke Sarawak Untuk Mengundi, Terbuka Untuk Pelajar IPT. Bagi pelajar Sarawak yang tinggal di luar negeri dan ingin pulang mengundi bagi pilihan raya akan datang tetapi tidak mampu membeli tiket penerbangan balik, anda boleh berbuat demikian dengan memohon di bawah kempen ‘Tiket Penerbangan Percuma, Kembali Untuk Mengundi 2.0’ oleh Persidangan Tahunan Cina Sarawak dari Gereja Methodist (SCAC).

Permohonan kini dibuka sehingga 27 Oktober ini.

image is not available
Gereja Ini Tawar Tiket Penerbangan Percuma Pulang Ke Sarawak Untuk Mengundi, Terbuka Untuk Pelajar IPT

Terbuka kepada pelajar pengajian IPT tanpa mengira kaum, agama atau kawasan pilihan raya

Semua pelajar pengajian tinggi di institusi awam dan swasta, tidak kira kaum, agama dan kawasan pilihan raya, digalakkan untuk memohon dan tiket penerbangan akan dibeli untuk pemohon atas dasar siapa cepat dia dapat.

Sekiranya anda tertanya-tanya dari mana mereka mendapat kewangan untuk menjalankan kempen ini, SCAC sangat bergantung kepada sumbangan orang awam dan langsung tiada sumbangan daripada parti politik mahupun ahli politik.

Bagi pemohon yang memohon di bawah kempen ini, SCAC akan membantu menempah tiket untuk mereka setelah permohonan mereka diluluskan. Tiada bantuan kewangan akan diberikan kecuali bantuan menempah tiket penerbangan mereka pulang ke Sarawak.

Sekiranya anda seorang pelajar IPT yang mahu kembali ke Sarawak untuk mengundi, anda boleh memohon menerusi pautan ini.

image is not available
Sumber: Facebook

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada kempen ini, anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke bank akaun berikut:
Bank HONG LEONG 25500017529 (SCAC Daerah Miri)
Penderma boleh menghantar resit transaksi mereka menerusi Whatsapp ke 012-8731232.

Lagi di sini: