Gerhana Bulan Penuh Malam Ini, Ikuti Siaran Langsung Di Malaysia

LocalSpace
3 Mar 2026 • 7:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gerhana Bulan Penuh Malam Ini, Ikuti Siaran Langsung Di Malaysia

Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon pada malam ini.

Di Malaysia, fasa gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 7.04 petang hingga 8.02 malam.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia, gerhana bulan maksimum berlaku pada 7.33 petang ketika bulan baru terbit pada ketinggian 2° di atas ufuk Timur.

Untuk pengetahuan, fenomena ini merupakan satu-satunya gerhana bulan penuh pada tahun 2026, dan gerhana bulan penuh seterusnya hanya akan berlaku pada 31 Disember 2028.

Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan. Fenomena ini menyebabkan bulan kelihatan kemerahan.

Fenomena kali ini boleh disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Di Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan pula hanya terjadi gerhana bulan separa.

Baca juga:

"Bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, bulan akan terbit dalam fasa penuh dan berkemungkin sukar dilihat dengan keadaan langit senja yang masih agak terang.

"Bagi Kuala Lumpur, ketinggian bulan akan berada pada 2 darjah dari ufuk di Timur pada ketika kemuncak gerhana.

"Sabah dan Sarawak mempunyai peluang lebih tinggi untuk mencerap fenomena gerhana ini kerana bulan terbit lebih awal maka ia berada pada sudut lebih tinggi," kata Agensi Angkasa Malaysia.

Gerhana ini akan berlaku dalam tempoh kira-kira 5 jam 39 minit, manakala fasa penuh berlangsung hampir 58 minit.

Ikuti perkembangan fenomena tersebut secara langsung menerusi Facebook Planetarium Negara di bawah ini:

Cerapan gerhana itu dilakukan dari puncak Merdeka 118 di Kuala Lumpur.