Gerhana tanda kebesaran, keagungan Allah: Arifin

22 Apr 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tawau buat pertama kalinya, dipilih untuk Program Cerapan Gerhana Matahari Separa – kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Planetarium Negara.

Menterinya Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata rakyat di Sabah khususnya Tawau berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

“Tawau adalah lokasi yang mendapat liputan permukaan suria tertinggi iaitu maksimum 43 peratus - tertinggi di negara ini,” katanya di Auditorium Perpustakaan Tawau, di sini, Khamis.

Hadir sama Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui, Adun Balung Datuk Hamild Awang, Adun Kukusan Rina Jainal dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Zainudin Aman.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Menurut Arifin, Planetarium Negara menawarkan cermin mata gerhana secara percuma supaya tetamu mudah melihat acara itu sempena program itu.

Tambahnya, beberapa teleskop dilengkapi penapis khusus turut disediakan supaya pengunjung dapat menyaksikan gerhana matahari separa dengan selamat.

Beliau berkata fenomena itu adalah tanda kebesaran dan keagungan Allah yang disebut dalam Al-Quran.

“Bagi umat Islam, jika fenomena sebegini berlaku, kita menunaikan solat sebagai tanda mengenang kebesaran kekuasaan Allah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Kementerian akan mencari cara untuk mencetuskan semangat dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat umum, khususnya dalam kalangan pelajar dan beliau menggesa ibu bapa untuk melakukan perkara yang sama.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata fenomena jarang berlaku itu dijangka berlaku dalam tempoh empat tahun lagi iaitu 2 Ogos 2027. Kali terakhir fenomena ini berlaku pada 21 Jun 2020.

Beliau menggesa generasi muda membuat kajian sebanyak mungkin mengenai kewujudan fenomena itu kerana ia sangat jarang berlaku.

Mungkin mereka sudah mempelajari astronomi di dalam kelas, dan aktiviti Khamis lepas adalah percubaan di mana kita menggunakan langit sebagai medan ujian untuk mengesahkan ketepatan astronomi, tambahnya.

Sementara itu, lokasi di semenanjung mengalami peratusan liputan yang lebih kecil iaitu hanya sehingga 15 peratus semasa puncak gerhana, manakala Sabah dan Sarawak mengalami liputan suria yang lebih besar di mana Kuching mempunyai 30 peratus, Kota Kinabalu 34 peratus dan Tawau dengan 43 peratus.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.