Gesa kerajaan turun padang selesai masalah jalan rosak

28 Mar 2024 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Kerajaan negeri diminta turun padang untuk menyelesaikan masalah jalan rosak yang sudah mencecah lebih setahun di kawasan Kg Timbang ke Timbang Mengaris dan di Rampayan Ulu.

Wakil penduduk terkesan, Ibadat Hj Makmud berkata, kerosakan tersebut berpunca daripada aktiviti mengangkut batu oleh dua buah syarikat pembinaan yang sedang menyiapkan laluan Pan Borneo di Rampayan Ulu dan jalan Taburan-Mandawang.

Ujarnya, ekoran daripada lori-lori syarikat yang menggunakan laluan itu setiap hari, kerosakan terus bertambah dan mengakibatkan pergerakan penduduk di tujuh buah kampung di sekitar situ agak terjejas.

Jelas Ibadat lagi, sebelum ini beliau telah mengajukan perkara tersebut kepada JKR tapak untuk memantau kerja-kerja pembinaan Pan Borneo, kemudian memaklumkannya kepada Ahli Parlimen Kota Belud dan Adun Pintasan untuk tindakan segera.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved