Gesaan ajar kanak-kanak Kadazan Dusun Murut Rungus bahasa ibunda

6 Jun 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Johan Aziz

KOTA MARUDU: Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Bangsa Malaysia (PBM), Jupperi Lenson menggesa masyarakat KMDR supaya mengajar anak-anak mereka bahasa ibunda supaya bahasa ini tidak pupus dalam era teknologi moden hari ini.

Beliau berkata masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus harus mempertahankan bahasa ibunda yang menjadi identiti masyarakat ini.

Pengajaran bahasa ibunda seharusnya dimulakan di rumah oleh ibu bapa dan perlu dijadikan perbualan seharian antara ibu bapa dan anak-anak.

“Bahasa ibunda kita hari ini perlu dipertahankan dan diajar kepada anak-anak kerana anak-anak kita adalah pelapis generasi akan datang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Pesta Kaamatan Mukim Mangaris anjuran PBM dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Mangaris dihadiri kira-kira 1,000 orang yang datang dari daerah ini, Pensiangan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Penampang dan Sipitang.

Antara acara yang diadakan ialah ratu fesyen kanak-kanak, ratu ibu dan Unduk Ngadau, selain itu, pertandingan memasak tradisional turut diadakan, manakala acara kemuncak memecahkan guni yang turut menjadi tarikan pengunjung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article