Gesaan perluas, percepat bina Nadi di Libaran

LocalTechnology
12 Jul 2025 • 9:30 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menggesa Kementerian Komunikasi agar mempercepat dan memperluas penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), khususnya di kawasan luar bandar dalam Parlimen Libaran yang masih berdepan kekangan akses digital.

Gesaan itu dibuat susulan jawapan rasmi Menteri Komunikasi dalam Sidang Dewan Rakyat pada 21 Oktober 2024, berhubung cadangan penambahan pusat Nadi di Libaran.

Menurut Suhaimi, hanya empat Pusat Nadi yang kini beroperasi di Libaran, iaitu di PPR Gum-Gum, PPR Taman Murni, Kampung Sebait Padas dan Kampung Sungai Kayu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jumlah itu, katanya, masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk, khususnya di pedalaman.

“Kampung seperti Dandulit dan Ulu Dusun masih belum mempunyai Nadi. Penduduk di sana memerlukan akses kepada teknologi, peluang pembelajaran digital dan pendedahan kepada program-program kerajaan. Kementerian perlu mempertimbangkan penubuhan Nadi baharu di kawasan seperti ini secara segera,” katanya.

Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah menyambut baik komitmen kementerian menerusi inisiatif ‘1 Dun 1 Nadi’, namun menekankan kepentingan pelaksanaan segera.

Beliau turut mencadangkan agar pusat Nadi diperkasakan bukan sahaja sebagai pusat pembelajaran ICT, malah turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat kerajaan, pembangunan keusahawanan serta platform untuk memperkukuh literasi digital rakyat.

View Original Article