Getty Images Dan Shutterstock Dilaporkan Pertimbang Untuk Gabungkan Syarikat

TechnologyDigital
4 Jan 2025 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Getty Images dan Shutterstock merupakan antara penyedia gambar untuk dilesenkan bagi tujuan penerbitan dan sebagainya. Terkini, ia dilaporkan kedua-dua pihak sedang pertimbang untuk mengabungkan syarikat, sekaligus membentuk sebuah firma gergasi dalam arena penyediaan gambar, video dan kandungan visual yang lain.

image is not available

Ia dikatakan kehadiran penjana imej berasaskan kecerdasan buatan memberikan impak kepada pendapatan perniagaan, sekaligus membuatkan kedua-dua pihak kini pertimbang untuk gabungkan syarikat. Getty Images dan Shutterstock juga turut telah mula kearah integrasi kecerdasan buatan dalam penawaran, disamping turut melihat kepada pelesenan kandungan mereka dalam tujuan melatih model kecerdasan buatan.

Selain gambar dan video untuk dilesenkan, kedua-dua syarikat turut mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka. Sebagai contoh Getty Images mempunyai Unsplash dibawah mereka yang menawarkan gambar percuma, sementara Shutterstock pula mempunyai Envato dan Giphy dibawah mereka.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan gabungan ini.