Getty Images Umum Kerjasama Dengan OpenAI – Akan Papar Pustaka Gambar Terus Pada Carian ChatGPT

TechnologyDigital
22 Jun 2026 • 11:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Getty Images Umum Kerjasama Dengan OpenAI – Akan Papar Pustaka Gambar Terus Pada Carian ChatGPT

Getty Images, salah satu penyedia perlesenan imej dan gambar terkemuka dunia, hari ini mengumumkan kerjasama bersama OpenAI. Melaluinya, kini pelbagai kandungan Getty Images dilesenkan untuk ditawarkan melalui sokongan carian di ChatGPT.

Image from: Getty Images Umum Kerjasama Dengan OpenAI – Akan Papar Pustaka Gambar Terus Pada Carian ChatGPT

Langkah ini juga dijangka memberikan pengalaman visual lebih baik bagi para pengguna perkhidmatan kecerdasan buatan ChatGPT sendiri, selain turut mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena pengimejan dan juga carian.

Sebelum ini, Getty Images turut telah memeterai perjanjian bersama pihak Perplexity untuk sokongan carian pada perkhidmatan berkenaan. Melalui perjanjian bersama Perplexity sebelum ini, Getty sekadar membenarkan gambar milik mereka dipaparkan pada sokongan carian, dan tidak membenarkan pustaka mereka digunakan untuk tujuan melatih model AI. Berkemungkinan kaedah pelesenan dan kerjasama lebih kurang sama diaplikasi untuk kerjasama ChatGPT ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved