Empat lagi mayat orang asli ditemukan

13 Jun 2019 • 5:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GUA MUSANG - Empat lagi mayat orang asli dari suku kaum Bateq yang dikebumikan secara adat di kawasan perkampungan Kuala Koh, ditemui hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Wathya Moorthy berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan ditemui setakat ini sebanyak lapan mangsa.

"Buat masa ini PDRM dapat kenal pasti lapan daripada 12 mayat yang dikebumikan, jadi kita sedang kesan empat lagi.

"Dalam masa beberapa hari saya percaya ia dapat dikenal pasti dan pihak forensik pula akan mengambil sedikit masa kerana proses untuk ekstrak mayat tersebut perlu dibuat secara berhati-hati mengikut kaedah SOP," katanya kepada media ketika melawat Ladang Aring 10 di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga lagi mayat orang asli ditemukan

Mayat orang asli depan mata


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved