Gfycat, salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada perkongsian GIF animasi, kini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan pada 1 September 2023. Selepas tarikh tersebut, semua kandungan dan data pada Gfycat akan dipadam sepenuhnya.

Bagi para pengguna laman Gfycat, anda dinasihatkan untuk memuat-turun data anda sebelum tarikh tersebut.
Sebelum ini, Gfycat telah dimulakan pada tahun 2013 yang lepas, dan seterusnya telah menawarkan sejumlah ciri, termasuk kemudahan menghantar kandungan GIF melalui aplikasi permesejan, termasuk Skype dan iMessage.
Pada 2020 lepas, perkhidmatan Gfycat ini telah pun diambil-alih oleh Snap, iaitu syarikat disebalik Snapchat. Sebab penamatan perkhidmatan ini tidak dinyatakan buat masa ini.


