Gian Pamer Kemaluan Di Padawan, Lelaki Ini Berjaya Ditangkap Pihak Polis

14 Apr 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul dan kelucahan melampau.

Gian Pamer Kemaluan Di Padawan, Lelaki Ini Berjaya Ditangkap Pihak Polis. Seorang lelaki telah ditangkap oleh polis Padawan kerana disyaki dengan sengaja mempamerkan bahagian sulitnya kepada sekurang-kurangnya enam mangsa.

Ketua polis Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataannya mengatakan bahawa suspek itu telah ditangkap di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa pada kira-kira jam 1.15 petang hari ini.

image is not available
Gian Pamer Kemaluan Di Padawan, Lelaki Ini Berjaya Ditangkap Pihak Polis. Sumber: Facebook

Pihak polis menerima sebanyak enam laporan melibatkan kejadian mangsa telah dicabul kehormatan

“Polis berjaya menangkap suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an berdasarkan maklumat yang kami kumpul dari orang ramai,” kata Abang Zainal.

Beliau menambah bahawa polis telah menerima enam aduan terhadap suspek itu. Menerusi laporan kes, suspek turut mengekori mangsa dan mempamerkan bahagian sulitnya kepada mangsa di kawasan yang sunyi.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Suspek juga akan direman di Mahkamah Kuching pada 14 April (hari ini) untuk siasatan lanjut.

Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana serangan atau penggunaan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat untuk menghina kesopanan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kata-kata atau isyarat yang ditujukan untuk menghina kesopanan seseorang.

“Kami akan memohon perintah tahanan di Mahkamah Kuching esok (14 April),” kata Abang Zainal, semalam.

image is not available
Sumber: Facebook

Beliau menambah bahawa polis juga telah mengambil alih sebuah motosikal, dua helmet dan pakaian yang dipakai oleh suspek untuk membantu dalam penyiasatan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: