Giancarlo Esposito Pelakon Breaking Bad Dilapor Peluk Islam Di Arab Saudi

WorldEntertainment
23 Jun 2026 • 9:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tipulah kalau korang tak kenal Gus Fring, watak dalam sisi popular Breaking Bad ni. Watak lakonan Giancarlo Esposito ni memang bagi kesan sebagai penjahat yang licik dan kali ini dalam kehidupan nyata beliau, sekali lagi dia buat kita semua buka mata.

Dalam perkongsian terbaru, beliau dilaporkan sudahpun memeluk agama Islam ketika berada di Arab Saudi.

Berita itu mula mencuri perhatian selepas media tempatan melaporkan pelakon berkenaan mengucapkan dua kalimah syahadah ketika terlibat dalam penggambaran sebuah produksi di negara tersebut.

Giancarlo Esposito dapat pengalaman positif di Arab Saudi

View this post on Instagram

A post shared by Giancarlo Esposito (@thegiancarloesposito)

Menurut laporan Saudi Gazette, perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Al-Sheikh.

Beliau berkata, keputusan Giancarlo Esposito dibuat selepas pelakon itu melalui pengalaman positif sepanjang berada di Arab Saudi dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

Bukan itu sahaja, Esposito juga dikatakan menghargai layanan mesra masyarakat setempat sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

Solat bersama pasukan produksi

— TURKI ALALSHIKH (@Turki_alalshikh) June 20, 2026

Laporan sama turut menyebut satu video yang dikongsi di media sosial menunjukkan Giancarlo Esposito menunaikan solat bersama anggota pasukan produksi di dalam sebuah masjid.

Momen itu membuatkan ramai peminat terkejut, lebih-lebih lagi kerana Esposito merupakan antara nama besar Hollywood yang sudah lama bertapak dalam industri filem dan televisyen.

Image from: Giancarlo Esposito Pelakon Breaking Bad Dilapor Peluk Islam Di Arab Saudi

Selain Breaking Bad, beliau juga cukup dikenali menerusi Better Call Saul, The Mandalorian dan beberapa produksi lain yang melonjakkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, Giancarlo Esposito kini sedang terlibat dalam penggambaran Seven Dogs di Arab Saudi. Produksi itu merupakan antara projek utama ketika Arab Saudi sedang giat memperluas sektor hiburan dan perfilemannya, selain menarik lebih ramai bakat antarabangsa ke negara berkenaan. Apa pun, berita mengenai Giancarlo Esposito peluk Islam ini sememangnya menjadi perhatian ramai peminat di seluruh dunia.

Wehh, komen dari Abe Min ni dekat Facebook bikin Ohmedia terhibur….. Kah!

Image from: Giancarlo Esposito Pelakon Breaking Bad Dilapor Peluk Islam Di Arab Saudi

Pssttt! Perjalanan hidup seseorang memang kadang-kadang penuh kejutan. Apa pun, kalau benar berita Giancarlo Esposito peluk Islam ini, semoga semuanya dipermudahkan dan menjadi permulaan yang baik buat dirinya.

Kredit: Morocco World News
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Giancarlo Esposito Pelakon Breaking Bad Dilapor Peluk Islam Di Arab Saudi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved