Giant turunkan harga beras lepas isu tular

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2025 • 9:36 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pasar raya besar Giant mengambil tindakan segera menurunkan harga beras selepas isu tular di media sosial yang mendakwa berlaku kenaikan harga melampau bagi barangan tersebut.

Giant Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini mengakui berlaku kekeliruan dan kekecewaan ekoran kegagalan menyampaikan maklumat promosi daripada pihak pembekal kepada pasukan dalaman mereka.

“Ini merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan dan menyebabkan harga jualan kami lebih tinggi daripada harga promosi pasaran,” jelas kenyataan itu.

Susulan itu, harga beras jenama Sunglower jenis Pure Basmathi telah diturunkan serta-merta daripada RM55.90 kepada RM35, iaitu harga promosi sebenar.

Pihak pasar raya itu turut memohon maaf kepada pelanggan dan berterima kasih atas maklum balas orang ramai yang membantu membawa isu tersebut ke perhatian mereka.

“Kami komited untuk berkhidmat secara adil dan telus, terutama kepada pembeli MyKasih, dan sedang berusaha memastikan isu seperti ini tidak berulang,” katanya lagi.

Giant dalam pada itu memberi jaminan akan terus memantau harga barangan serta menjaga kebajikan pengguna di seluruh negara.

“Kami menghargai kepercayaan anda dan sedang berusaha untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Terima kasih atas sokongan berterusan anda,” menurut kenyataan itu.