Dalam kegilaan dua membangunkan kenderaan elektrik atas dasar mengurangkan pencemaran, ramai mungkin tidak menyedari bateri yang digunakan menghasilkan pencemaran yang teruk kerana logam litium dan kobalt yang perlu dilombong. Penyelidik dari IBM minggu lalu telah mengumumkan mereka berjaya menghasilkan bateri yang lebih lestari kerana tidak memerlukan logam yang tidak perlu dilombong.

Tambah menakjubkan bateri boleh dicas ke tahap 80% dalam masa lima minit dan mempunyai tahap kecekapan tenaga 90%. Kepadatan tenaga 800 Wh/L juga menjadikannya lebih tinggi berbanding bateri Li-ion (~670 Wh/L). Bateri teknologi baharu ini bukan sahaja menyelesaikan masalah pencemaran bahan mentah tetapi boleh merealisasikan impian bateri yang lebih murah dan berkuasa untuk kenderaan elektrik masa hadapan.
Untuk mengkomersialkan bateri air laut ini, IBM telah bekerjasama dengan Mercedes-Benz Research and Development North America, Central Glass dan Sidus.

