Gigi Manusia Berjaya Ditumbuhkan Semula Pada Rahang Khinzir

TechnologyDigital
17 Feb 2025 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila sudah berusia gigi kekal di dalam mulut akan mula tertanggal. Gigi palsu pertama dipercayai dicipta sekitar 700 sebelum Masihi di Itali dengan ia diperbuat daripada gading gajah. Kini terdapat pelbagai jenis gigi palsu dan implan digunakan sebagai pengganti gigi asli. Tetapi kelak ia mungkin akan digantikan dengan gigi yang ditumbuhkan semula.

image is not available

Pamela Yelick dan Weibo Zhang, dua penyelidik dari Sekolah Perubatan Pergigian Universiti Tufts di Boston berjaya menumbuhkan gigi manusia di dalam rahang khinzir. Sel gigi manusia digabungkan dengan sel gigi khinzir di dalam makmal sebelum ditanam pada rahang khinzir. Selepas empat bulan struktur seakan gigi dilihat berjaya tumbuh pada bahagian rahang.

Pada ketika ini proses pertumbuhan masih belum lengkap untuk ia kelihatan seperti gigi tetapi ia adalah keputusan yang memberangsangkan untuk gigi manusia yang hilang digantikan dengan gigi yang ditumbuhkan semula. Gigi sebenar tahan lebih lama berbanding implan dan gigi palsu serta lebih semula jadi.

Tahun lalu saintis Jepun telah memulakan ujian klinikal ke atas manusia untuk ubat yang menggalakkan pertumbuhan gigi. Ini dilakukan dengan menghalang gen uterine sensitization associated gene-1 (USAG-1 ) yang memberhentikan penghasilan gigi baharu dalam rahang manusia. Tiada khinzir yang terlibat dan penyelidik berharap ia boleh ditawarkan kepada orang ramai seawal 2030.

View Original Article