Gimbal DJI Osmo Mobile 8 Dilancarkan Dengan Sokongan Pergerakan 360 Darjah

TechnologyDigital
24 Oct 2025 • 4:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gimbal telefon pintar DJI Osmo Mobile 8 diumumkan hari ini dengan ia membawakan sokongan pergerakan 360 darjah dan bahagian leher yang boleh dipanjangkan untuk mengambil video atau gambar seperti kayu swafoto. Selain kemampuan menstabilkan kamera untuk rakaman pada 3 paksi, ia juga kini mempunyai sistem lampu dan sensor mengesan pergerakan DJI OM.

image is not available

Menerusi sensor ini, gimbal boleh mengikut pergerakan subjek secara automatik tanpa memerlukan pengendali manusia. Menerusi aplikasi DJI Mimo, gimbal boleh mengenali gestur untuk memulakan rakaman video, mengambil gambar dan mengubah fokus bingkai sebelum rakaman dimulakan.

image is not available

Kerana ia produk DJI, is serasi digunakan bersama mikrofon DJI Mic 3, Mic Mini dan Mic yang telah pun dipasarkan. Telefon pintar boleh dipasang pada Osmo Mobile 8 menggunakan cagak cengkaman ataupun cagak magnet yang menyokong sistem Apple MagSafe. Bateri yang disertakan membolehkan gimbal digunakan selama 10 jam dengan ia turut boleh menjadi powerbank untuk telefon pintar.

Di China DJI Osmo Mobile 8 dijual pada harga bermula RMB 898 (~RM 532) untuk satu set lengkap. Harga di Malaysia masih belum diumumkan.

View Original Article