Gimbal DJI RS5 Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM2109

LocalTechnology
30 Jan 2026 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

DJI RS5 telah memasuki pasaran global semalam sebagai gimbal baharu yang lebih pintar. Di Malaysia, harga jualan bermula RM2,109 bagi set standard. Sementara itu, pakej kombo yang merangkumi RS Enhanced Intelligent Tracking Module, Electronic Briefcase Handle, kabel serta beg turut ditawarkan pada harga RM2,639.

image is not available
image is not available

DJI RS5 hadir dengan algoritma penstabilan generasi baharu yang dipertingkat dari segi penjejakan pintar, penstabilan dan kawalan.

Gimbal ini turut menyokong modul ‘Enhanced Smart Tracking’ yang boleh memaparkan imej pada skrin serta menjejak objek seperti manusia, kenderaan atau haiwan sehingga jarak 10 meter malah mampu mengenal pasti semula subjek walaupun keluar seketika daripada bingkai.

Modul ini menyokong kawalan melalui gerakan atau sentuhan pada skrin dan boleh dipasang dengan mudah menggunakan sistem magnetik.

image is not available

Algoritma penstabilan baharu telah ditambahbaik untuk pelbagai senario penggambaran bagi mengurangkan kesan goyang manakala gabungan perisian dan perkakasan memberikan pengalaman rakaman lebih stabil. RS5 juga menawarkan bateri sehingga 30 jam dan mampu menampung muatan sehingga 3 kilogram.