Ginjal Universal Yang Boleh Didermakan Kepada Semua Dibangunkan Saintis

WorldHealth & Fitness
10 Feb 2026 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kekurangan organ yang didermakan adalah sebab mengapa teknik xenotransplan menggunakan organ khinzir dibangunkan sejak lebih sedekad lalu. Pembangunannya semakin baik tahun demi tahun dengan teknik ini digunakan untuk menggantikan ginjal dan paru-paru. Tetapi berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pembaca, ramai yang tidak sanggup menerima organ khinzir sebagai gantian kerana halangan agama.

Saintis dari University of British Columbia, Kanada Oktober lalu mengumumkan mereka berjaya membangunkan ginjal universal yang boleh didermakan kepada penerima dengan semua jenis darah.

image is not available

Sebelum ini hanya ginjal penderma ginjal berdarah O boleh diterima oleh semua. Pesakit dengan darah O pula tidak boleh menerima ginjal daripada penderma organ bukan berdarah O. Ini menimbulkan dilema siapa yang perlu menerima organ terlebih dahulu.

Penyelidik dari University of British Columbia menggunakan enzim untuk mengubah ginjal penderma darah A menjadi darah O. Enzim ini membuang molekul gula iaitu antigen yang menjadikannya organ darah A.

Ginjal universal ini kemudiannya dipindahkan kepada pesakit dengan kematian otak dan ia berfungsi degan baik selama 2 hari sebelum kembali menghasilkan antigen darah A. Kesan sampingan dan penolakan organ pada tubuh penerima adalah lebih rendah berbanding memindahkan organ yang tidak sesuai dengan darah. Tubuh turut menunjukkan kesan ia menerima organ yang dipindahkan

University of British Columbia kini sedang cuba mendapatkan kebenaran melalukan ujian klinikal pada pesakit manusia yang masih hidup. Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature Biomedical Engineering.

View Original Article