Giring kini Timbalan Menteri Kebudayaan

LocalPolitics
22 Oct 2024 • 6:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEKAS vokalis kumpulang Nidji, Giring Ganesha kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.

Pelantikan ini diumumkan secara langsung oleh Presiden Prabowo semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka, di sini, pada Ahad.

Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.

Terdahulu, Giring mengakui walaupun mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap bidang politik, dia rindu untuk menghasilkan muzik.

Penyanyi kelahiran Jakarta itu mengakui, bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang itu memberikan erti dan makna tersendiri.

Berusia 41 tahun, Giring bersama kumpulan Nidji menempatkan diri sebagai antara kumpulan muzik berpengaruh dalam industri hiburan Indonesia pada sekitar 2002.

Antara lagu popular Giring bersama Nidji ialah Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi. - Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved