GISBH manfaatkan MAPIM Mobile Kitchen bantu ummah di Johor

5 Mar 2023 • 2:12 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SEGAMAT: Selepas kejayaan mengharungi jelajah Misi Turkiye-Syria bersama-sama aktivis MAPIM Malaysia minggu lalu di Turkiye dan bumi Syria, sekali lagi skuad petugas GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) bergabung dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Johor pada Sabtu.

Kali ini 10 petugas dari cawangan Restoran milik GISBH Negeri Johor yang diketuai Setiausaha GISB Holding Johor 2, Muhamad Suhaimi bin Muhammad Sani bersama gandingan aktivis MAPIM Malaysia, sukarelawan pacuan empat roda 4×4 MAPIM Rangers pelbagai negeri yang sentiasa komited membantu sebarang misi bantuan dalam negara, berkerjasama meluaskan lagi dan melancarkan gerak kerja di dalam misi membantu mangsa banjir di sini.

Sumbangan kotak bantuan dari Al Khair Foundation dan Yayasan MyPrihatin turut diedarkan kepada mangsa banjir setempat.

Dengan mengerakkan inisiatif MAPIM Mobile Kitchen yang di inspirasikan oleh Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, [Dr] Sani Araby Al-Kahery, mereka bersama-sama dalam proses penyediaan dan pengedaran makanan panas kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Temenggong Abdul Rahman, Segamat.

image is not available
Muhamad Suhaimi bin Muhammad Sani, Setiausaha GISB Holding Johor 2

Alhamdulillah saya sangat gembira melihat kerjasama ini dilakukan. Di saat genting ini tiada apa yang lebih penting bagi memastikan kemaslahatan ummah terjaga.

Hari ini sahaja pihak MAPIM Malaysia bersama GISB Holding menyediakan makan tengah hari dan makan malam dan saya kira-kira 800 mangsa banjir menerima makanan panas ini terus daripada Mobile Kitchen milik MAPIM Malaysia.

Saya harap kerjasama ini tidak terhenti disini, kerana kita menjalankan apa yang dipesan oleh Nabi kita untuk menjaga ummah sejagat,” kata Ustaz Muhamad Suhaimi

image is not availableimage is not available

Sebelum itu, GISBH, Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) serta Remaja Pembela Ummah (RPU) telah menyediakan ratusan pek makanan di bawah program Dapur Prihatin Bersama (DPB) untuk di edarkan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi banjir di sekitar Kota Tinggi, Segamat dan Kampung Sungai Gatom, Labis.

Kerjasama gabungan dalam inisiatif MAPIM Mobile Kitchen bersama GISBH turut menerima respon sangat positif dari penghuni di PPS SK Temenggong Abdul Rahman.

image is not available

image is not available
Puan Ida, 42, (bertudung coklat) bersama ahli keluarganya

Tiada apa yang lebih saya risaukan selain daripada keluarga saya. Rumah dah tenggelam dek banjir, selepas itu risau kalau kami di PPS makanan tak cukup. Ye la dengan kapisiti sini ramai orang. Tapi kamu semua memang hebat. Bukan setakat bawak makanan. Bawak terus bas yang boleh masak dan beri kepada kami makanan panas-panas. Yang penting.. sedap!,” kata Puan Ida, 42

image is not available
Puan Khadijah, 30

Terima kasih sangat sangat pada pihak MAPIM Malaysia sebab datang ke sini. Makanan yang disediakan sangat berkualiti dan paling penting bersih. Sedap sangat!,” kata Puan Khadijah

Selain menu tengahari, penghuni di PPS SK Temenggong Abdul Rahman turut disediakan dengan hidangan roti canai di sebelah malamnya.

Paling istimewa, ratusan keping roti canai segar ditebar oleh Chef GISBH dan dihidangkan bersama kuah dal yang dimasak di dalam MAPIM Mobile Kitchen.

image is not availableimage is not available

Tepat jam 12 tengah malam, tim gabungan sukarelawan itu melabuhkan tirai hari ke-2 pemberian makanan panas kepada mangsa banjir di Segamat.

Mereka juga sempat beramah mesra dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari Setiu, Terengganu yang turut turun ke Johor bagi menyokong pasukan APM di sini.

Susulan itu, pada hari ini (Ahad) tim akan terus bergerak ke lokasi terakhir seterusnya Batu Pahat bagi menyantuni mangsa banjir di sana.

image is not available

image is not available

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263540066