Gitaris kumpulan Spider, Napie meninggal dunia

LocalEntertainment
22 Nov 2024 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

PEMAIN gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

Berita duka pemergian Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan disahkan isteri beliau, Norasidah Said kepada Astro Awani.

Allahyarham Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat strok.

Sekitar jam 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pada jam 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Norasidah ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.

Menurut Norasidah, jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.

Astro Awani difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar jam 9 pagi.

Kepada mana-mana kenalan Napie yang ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved