GitLab merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai untuk pengurusan pembangunan perisian. Ia sering diposisikan sebagai salah satu alternatif untuk GitHub yang dimiliki oleh Microsoft.
Terbaru, Reuters melaporkan GitLab sedang mencari pemilik baharu, dan sedang menarik minat beberapa pembeli untuk mendapatkan firma berkenaan. Mengikut kadar nilai semasa, GitLab dinilaikan sekitar $8 bilion, dan mempunyai beberapa pelabur, termasuk Google.
Ia dikatakan salah satu syarikat yang berminat untuk mendapatkan GitLab adalah DataDog, iaitu firma memfokuskan kepada pemantauan perkomputeran awan.
Pada hari ini, GitLab bersaing dengan GitHub dari segi penawaran pasaran. Dengan sokongan Microsoft, boleh dikatakan GitLab agak menghadapi cabaran tinggi dalam menarik pengguna dan pelanggan baharu. Mungkin dengan pengambil-alihan oleh syarikat awan lain, ia akan membantu mengukuhkan lagi syarikat berkenaan melalui berkas langganan perkhidmatan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan dan siapakah yang bakal membeli GitLabl




