Si bulus hilang 5 tahun akhirnya temui jalan pulang...

22 Nov 2019 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SANTA FEE - Seekor kucing yang hilang sejak lima tahun lalu, akhirnya berjaya disatukan semula dengan pemiliknya setelah ditemui 1,200 batu (1,931 kilometer) jauhnya.

Kucing hitam yang dipanggil Sasha itu telah diambil oleh pusat perlindungan haiwan selepas menyusuri seluruh Amerika Syarikat (AS) ke Santa Fe, di New Mexico.

Sasha dapat dikembalikan semula kepada pemiliknya, Viktor Usov di Portland kerana kucing itu telah dipasang mikcrocip.

Kucing itu terbang kembali ke Portland dan kembali ke Usov lima tahun kemudian.

image is not available
Pemilik Sasha menjumpai semula kucingnya 1,931km dari rumah.

Menurut Usov, dia telah melaporkan kehilangan kucing tersebut tetapi telah berputus asa untuk menemuinya semula.

Tidak diketahui bagaimana Sasha melakukan perjalanan dari Portland di barat laut AS ke New Mexico, tetapi Usov gembira melihat haiwan peliharaannya selamat.

"Saya tidak percaya. Kami jangkakan yang paling buruk tetapi apabila kami menerima panggilan, kami sangat bersyukur Sasha masih hidup dan dalam keadaan baik," katanya. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved