GLC 350 e 4MATIC CKD Dilancar, Harga RM399K

LocalCars
12 Sep 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan secara rasminya varian plug in hibrid, GLC 350 e 4MATIC ke pasaran tempatan, pagi tadi.

Model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang ini dijual pada RM398,888 untuk Semenanjung Malaysia.

GLC 350 e ini digandingkan dengan enjin 2.0 liter 4-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 204 hp dan tork 320 Nm.

image is not available

Ia turut menyokong motor elektrik dengan hamburan kuasa pada 100 kW dan tork 440 Nm dimana secara keseluruhannya ia boleh menghasilkan output sebanyak 230 kW (313 hp) dan tork 550 Nm.

Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.7 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 218 km/j.

image is not available

Menjengah bahagian luarannya, GLC 350 e 4MATIC sememangnya dikenali dengan penampilan yang sporty dan eksklusif.

Ia hadir dengan apron hadapan AMG dengan kemasan krom manakala apron belakang pula hadir dengan peresap.

Selain itu, ia juga hadir dengan bumbung panaromik, rim aloi AMG 20-inci, dan sistem Digital Light serta corak signatur..

Bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan upholsteri kulit buatan manusia ARTICO hitam, MICROCUT microfiber, pedal sports AMG dan stereng sports pelbagai fungsi dalam kulit nappa .

image is not availableimage is not available

Begitupun, ia masih dilengkapi skrin sentuh infotainmen 11.9-inci dengan Mercedes-Benz User Experience (MBUX), paparan instrumen 12.3-inci dan terdapat juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar,.

image is not available

Antara kelengkapan lain ialah pengecas Qi dan sistem bunyi Burmester 3D dengan 15-pembesar suara.

image is not availableimage is not available

Dengan ruang but seluas 490 liter, GLC baharu ini turut menawarkan ruang praktikal untuk keperluan harian.

Malah, ia juga hadir dengan ciri Driving Assistance Package Plus, dengan kamera 360 darjah dan Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC , peninjau titik buta, amaran lintasan trafik depan dan banyak lagi.

image is not available

Apa pula pandangan anda mengenai jentera baharu ini?