Google I/O 2020 Turut Dibatalkan Kerana Koronavirus

TechnologyDigital
4 Mar 2020 • 7:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula dengan MWC kini tiba giliran Google I/O pula dibatalkkan kerana ancaman wabak Covid-19. Pengumuman dilakukan awal pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan ribuan pengunjung yang akan berkunjung ke acara tahunan ini.

image is not available

Google I/O dijadualkan berlangsung dari 12-14 Mei 2020. Walaupun masih terdapat dua bulan Google merasakan sebagai langkah berjaga-jaga penangguhan adalah langkah terbaik yang perlu diambil. Google mengesahkan mereka akan memulangkan semua harga tiket yang telah dibayar peserta dan memikirkan cara lain untuk menghubungi komuniti pembangun mereka tahun ini.

Sejak tiga minggu kebelakangan ini acara F8 dan GDC turut menjadi mangsa wabak yang telah meragut lebih dua ribu nyawa. Tindakan yang diambil ini adalah perlu memandangkan gelombang kedua Covid-19 kini mula meragut nyawa di negara selain China.