Gmail Dikemaskini Dengan Ciri Ringkasan Jadual Temu Janji Dan Penjejak Tempahan Atas Talian

TechnologyDigital
3 Oct 2024 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya adalah antara individu yang kerap membuka aplikasi emel bagi menyemak sebarang tarikh acara yang perlu dihadiri, menyemak butiran tiket, serta mencari butiran tempahan atas talian yang saya lakukan berbanding menyemak pada banyak aplikasi. Jika anda seperti saya, kemas kini baharu Gmail ini pasti akan membuatkan anda setia dengan satu platform emel sahaja.

image is not available

Semua tahu yang Gmail telah diintegrasikan dengan ciri AI generatif untuk membantu membalas emel dan meringkaskan kandungan. Terbaru, ciri ringkasan ini telah dinaiktaraf dengan paparan kad yang lebih kemas dan jelas. Pertama adalah penjejak tempahan atas talian yang kini memaparkan butiran seperti nombor tempahan, nama barang serta garis masa penghantaran.

image is not available

Untuk acara atau apa-apa temu janji seperti tempahan meja di restoran, tiket wayang dan sebagainya – kad ini akan memaparkan butiran penting serta akses mudah untuk terus memasukkannya ke dalam kalendar. Kemudian untuk bil pula, kad akan memaparkan jumlah hutang serta peringatan pembayaran. Akhir sekali adalah untuk percutian seperti tiket penerbangan atau tempahan hotel yang kini memaparkan ringkasan tiket serta butiran tempahan yang mudah dibaca.

image is not available

Gmail turut menambah ciri baharu Happening soon, secara ringkasnya adalah rumusan kepada semua rumusan yang dijejak dan mempunyai paparan kad untuk pelbagai acara, temu janji, tempahan dan tiket. Happening soon disematkan di dalam Gmail di bahagian atas agar mudah untuk dilihat. Paparan kad untuk resit pembelian telah boleh diakses pada Gmail Android dan iOS, sementara lain-lain termasuk Happening soon akan tiba dalam kemas kini akan datang.