Gmail Kini Memaparkan Emel Yang Paling Relevan Di Atas Apabila Carian Dilakukan

TechnologyDigital
21 Mar 2025 • 9:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fungsi carian emel di dalam Gmail sudah wujud sejak dari awal ia beroperasi. Pagi ini Google telah mengemaskini fungsi carian yang kini akan memaparkan emel yang paling relevan kepada pemilik akaun di kedudukan paling atas. Ini dilakukan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) yang melihat sama ada emel pernah dibuka, kekerapan ia dibuka dan dihantar oleh individu yang kerap dihubungi. Algoritma kemudian akan memberikan keutamaan kepada emel-emel ini apabila carian dilakukan.

image is not available

Ini berbeza dengan fungsi sebelum ini yang memberikan kelebihan kepada kata kunci dalam soalan carian yang diberikan. Sesiapa yang pernah menggunakan Gmail pasti bersetuju bahawa ini tidak begitu membantu. Pengguna masih diberikan kawalan untuk memaparkan keputusan carian emel paling relevan atau mengikut kronologi.

Google mengatakan ciri carian lebih bijak ini telah diaktifkan kepada pemilik akaun peribadi secara berperingkat terlebih dahulu di laman web, aplikasi Android dan iOS. Pengguna perniagaan akan menerimanya di satu tarikh yang belum ditetapkan.