
GodamSahur, salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan sempena bulan Ramadan, kini kembali. Pada edisi kali ini, GodamSahur memfokuskan kepada tiga kategori utama dalam pembangunan projek atau aplikasi, iaitu kewangan, mini SaaS, dan juga melibatkan media sosial.

Seperti biasa, pembangun masih bebas membangunkan sebarang projek yang mereka gemarkan atau tertangguh sekian lama bersempena dengan GodamSahur ini. Untuk edisi kali ini, hadiah berjumlah RM10,000 disediakan, yang akan dibahagikan sama rata kepada pemenang akhir. Disamping itu, edisi kali ini turut menyaksikan tajaan daripada StartupTshirt, ThinkQuran, Amru dan juga Sihate.
Bagi pembangun yang berminat juga, akses kepada API Daun disediakan, membolehkan anda hadir dengan projek-projek berasaskan media sosial yang dibina diatas penawaran Daun sedia ada.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar menyertai GodamSahur hari ini, dan membangunkan projek atau aplikasi anda.
