GOfinance: Ciri baharu TNG eWallet mudahkan anda kenal pasti “ketirisan” wang

9 Jul 2024 • 1:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) telah mengumumkan satu ciri baharu pada platform dompen digital mreka itu GOfinance. Ciri ini sedia digunakan semua dan ia memberikan kemudahan pada segi pemantauan segala transaksi kewangan anda di TGN eWallet apabila maklumat itu dihimpunkan di satu bahagian.

image is not available

Anda boleh temukan butang GOfinance berhampiran dengan butang Home, eShop, dan GOrewards di bahagian bawa antaramuka TNG eWallet. Anda dihidangkan dengan data mudah difahami untuk:

  • Aliran wang keluar/masuk dikategorikan dengan kemas
  • Status pelaburan di GO+, CIMB Principal, ASNB, e-MAS
  • Skor Ctos
  • Semua info produk insurans yang anda langgan melalui TNG eWallet
  • Info kad debit Visa dan kiriman wang

Pada saya, ciri paling berguna adalah pemantauan perbelanjaan. Kini, saya boleh tahu pecahan perbelanjaan mengikut kategori. Kategori yang ada seperti shops, bills, food & drink, transport, transfer, dan entertainment. Tidak lagi anda tertanya-tanya kemana wang anda pergi sedangkan anda dah berbelanja tanpa sedar.

Sumber: TNG eWallet

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved