Gol penalti Neymar selamatkan maruah PSG

Football
29 Aug 2022 • 2:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Neymar meraikan jaringannya ketika membantu pasukannya seri menentang Monaco

PEMAIN Brazil, Neymar menjadi wira buat Paris Saint-Germain (PSG) apabila meledak gol penyamaan untuk seri 1-1 sekali gus mengelakkan pasukan diaibkan oleh Monaco di laman sendiri.

Dalam aksi berlangsung di Parc des Princes, Monaco terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi menerusi Kevin Volland yang bijak mengatasi pertahanan PSG, Presnel Kimpembe sebelum melepaskan sepakan yang gagal diselamatkan Gianluigi Donnarumma pada minit ke-20.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi PSG apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran dilakukan pertahanan Monaco, Guillermo Maripan kepada Neymar pada pertengahan babak kedua.

Peluang itu digunakan Neymar sebaiknya untuk menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-70 sekali gus menyelamatkan PSG daripada dimalukan di laman sendiri.

"Kami berdepan kesukaran pada babak pertama berdepan lawan tahap Eropah tetapi kami sebenarnya berhak menang jika melihat persembahan pada babak kedua," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Keputusan itu nyata sedikit mencacatkan rentak PSG pada permulaan musim apabila menang tiga aksi liga dan menjaringkan 17 gol.

PSG mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dan berkedudukan teratas Ligue 1, hanya dibezakan dengan jaringan gol berbanding Lens dan Marseille.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved