Golongan muda diseru pelajari sejarah kemerdekaan, negeri

LocalPolitics
16 Aug 2024 • 11:22 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PUTATAN: Golongan muda diseru untuk menghayati serta mempelajari sejarah tentang kemerdekaan dan juga negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu perlu dihargai oleh semua orang, khususnya golongan muda.

“Keharmonian serta kesejahteraan yang diwarisi dari dulu hingga ke hari ini perlu dikekalkan selain kedaulatan negara dan negeri Sabah hendaklah terus dipelihara.

“Pada tahun ini, Sambutan Hari Sabah yang julung kali diadakan akan disambut serentak pada 31 Ogos bagi menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan yang berjasa kepada negeri,” katanya ketika Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Hari Sabah di Dewan Sri Putatan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Selain itu, Shahelmey juga menyarankan golongan muda supaya bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan digital bagi mengelak menggunakannya ke arah yang negatif.

“Maklumat yang diperolehi perlu digunakan sebaiknya oleh golongan muda agar dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat setempat.

“Golongan dewasa juga diharap dapat membantu golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh disebarkan melalui platform digital,” ujarnya di hadapan lebih 500 orang dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyeru agar setiap masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah dengan bangga sebagai tanda cintakan negara serta negeri.

Turut hadir, Adun Petagas, Datuk Awang Sah Awang Sahari, Penolong Pegawai Kanan Majlis Daerah Putatan, Mohamad Ikram Aidi dan Timbalan Polis Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.