Gombak antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 11 malam

10 May 2025 • 9:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 11 malam ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department