SHAH ALAM, 15 SEPT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat hingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Pahang.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

The post Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam appeared first on Selangorkini.


