Gombak, Petaling antara lapan daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

1 Feb 2024 • 6:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 1 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda lapan daerah di Selangor hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah tersebut meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda Putrajaya selain beberapa daerah di Kedah, Perak Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

image is not available

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.