Gonzalez, Noboa mara pusingan kedua pilihan raya presiden Ecuador

21 Aug 2023 • 3:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUENOS AIRES: Luisa Gonzalez (gambar) dari Gerakan Revolusi Rakyat dan Daniel Noboa, bekas ahli parlimen dan anak kepada seorang hartawan terkaya di negara itu, mara ke pusingan kedua pilihan raya presiden, lapor Sputnik.

Gonzalez menduduki tempat pertama dengan memperoleh 33.2 peratus undian, diikuti Noboa dengan 24.05 peratus.

Pada Isnin, Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Ecuador mengesahkan bahawa pusingan kedua akan berlangsung.

“(Keputusan pusingan pertama) menunjukkan trend bahawa rakyat Ecuador akan mengundi dalam pusingan kedua pada 15 Oktober,“ kata ketua majlis itu, Diana Atamaint.

Pilihan raya itu diadakan di bawah perintah darurat yang diisytiharkan selepas Fernando Villavicencio, seorang calon presiden dan wartawan penyiasat, dibunuh Ketika berkempen pada 9 Ogos.

Presiden baharu Ecuador hanya akan berkhidmat sehingga pilihan raya seterusnya diadakan pada 24 Mei 2025. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved