Goodyear tawar ganjaran kredit e-dompet bernilai RM200 menerusi pembelian tayar Assurance ComfortTred

26 May 2023 • 6:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Goodyear tawar ganjaran kredit e-dompet bernilai RM200 menerusi pembelian tayar Assurance ComfortTred

zulfadli

26/05/2023 - 18:05

KUALA LUMPUR 26 Mei - Goodyear Malaysia menawarkan ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM200 kepada pelanggan yang membeli empat biji tayar Assurance ComfortTred.

Promosi ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk memastikan rakyat Malaysia dapat membeli tayar berkualiti tinggi untuk pengalaman pemanduan yang selesa dan senyap, di samping memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengutamakan pemanduan selamat tanpa menjejaskan prestasi.

Untuk menyertai promosi ini, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear Malaysia di Lazada dan Shopee. Promosi kini berlangsung hingga 30 Jun 2023.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, pihaknya komited untuk menyediakan produk tayar yang terbaik khas untuk pelanggan mereka.

"Kami memahami kepentingan pengalaman pemanduan yang selamat, tenang dan selesa di jalan raya, dan kami mahu memudahkan rakyat Malaysia untuk memperoleh produk berkualiti kami yang dilengkapi teknologi tayar termaju.

"Promosi ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada pelanggan kami sambil memastikan keselamatan mereka di jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilancarkan pada November 2022, tayar Goodyear Assurance ComfortTred menggunakan teknologi ANX untuk membawakan pengalaman memandu yang selesa dan senyap sambil memastikan tahap keselamatan dan prestasi maksimum.

image is not available

image is not available

Dengan tambahan ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet, para pelanggan kini boleh menikmati lebih banyak faedah daripada pembelian mereka.

image is not available

Selain itu, dengan setiap pembelian tayar Goodyear Assurance ComfortTred, pelanggan boleh mendaftar untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) yang menawarkan 1 tahun jaminan 'road hazard' untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar yang disebabkan kerosakan atau keadaan jalan raya.

Ini termasuk dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma untuk keyakinan dan ketenangan minda ketika memandu, dan jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli. - DagangNews.com