Google Akan Kenal-Pasti Panggilan Scam Ketika Dalam Perbualan Dengan Sokongan AI

TechnologyDigital
15 May 2024 • 7:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri kecerdasan buatan pada produk dan perkhidmatan mereka. Turut berkongsi pada acara Google I/O adalah kebolehan untuk mengenal pasti panggilan scam atau berbentuk penipuan terus pada peranti Android.

image is not available

Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android. Model kecerdasan buatan berkenaan akan berjalan dalam peranti, dan sekiranya ketika dalam sesuatu panggilan suara, pemanggil meminta beberapa perkara yang mencurigakan seperti meminta PIN, maklumat perbankan dan sebagainya – maka kecerdasan buatan berkenaan akan mengenal pastinya, sekaligus memberi amaran kepada pengguna.

Google menyatakan pelbagai analisa ini berlaku dalam peranti, sekaligus memastikan perbualan pengguna sentiasa kekal peribadi dan tidak dikongsikan dengan sesiapa.

Google menyasarkan pengenalan ciri ini kepada umum kelak pada tahun ini. Ciri ini akan ditawarkan, dan perlu diaktifkan oleh pengguna secara manual.