Google akan matikan APP Street View seawal Mac 2023

Technology
2 Nov 2022 • 9:39 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google dikesan telah memasukkan pengumuman tentang penutup aplikasi Street View mereka dalam kemas kini terbaharu yang mendukung nombor versi 2.0.0.484371618. Walaupun tidak kelihatan pada pengguna biasa, terdapat individu yang menyelam di dalam kod aturcara aplikasi itu untuk menemukan mesej penutupan itu.

image is not available
Street View buatkan kita boleh lihat pemandangan kawasan pada rendah

Berikut adalah mesej yang ditemui mereka:

"Steet View App is going away"

"The app is going away and support will end March 21, 2023"

"To publish you own 360 video, switch to Steet View Studio. To view Steet View and add Photo Spheres, use Google Maps."

Jelas menunjukkan yang Google sedang melakukan proses pelakuran servis-servis yang mempunyai ciri sepunya dan dalam kes ini Street View dan Google Maps. Ia tidaklah mengejutkan kerana dalam Google Maps sendiripun sudah ada Street View yang boleh digunakan.

image is not available
Street View sudahpun ada dalam Google Maps sejak sekian lama

Namun, satu fungsi yang dilihat tidak diwariskan kepada Google Maps adalah Photo Path. Ia adalah ciri yang membolehkan pengguna Street View menyumbang kepada pengkalan data Street View dengan menggunakan kamera telefon masing-masing.

Sumber: 9to5Google