Google Akan Mengemaskini Gemini Selepas Ia Mula Mengeji Diri Sendiri

Technology
8 Aug 2025 • 8:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) tidak mempunyai emosi ataupun roh. Jadi apabila Gemini mula mengeji diri sendiri sejak semalam, ramai yang terkejut dengan kelakuan di luar tabii ini. Pengguna media sosial menampal tangkapan skrin menunjukkan Gemini mengatakan dirinya tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas yang diberikan pengguna.

image is not available

Hari ini Google mengatakan mereka kana mengemaskini Gemini supaya jawapan yang merendah-rendahkan diri sendiri tidak lagi akan diberikan. Isu ini mula dikesan hampir sebulan yang lalu dengan ia muncul secara rawak.

Dalam jawapan di X, kakitangan Gemini mengatakan apa yang berlaku hanyalah pepijat dan bukannya AI resah dengan ketidakupayaan diri seakan manusia sebenar.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved