Google Bard kini Gemini, pengguna iOS boleh manfaatkan AI ini tak lama lagi

Digital
9 Feb 2024 • 8:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bard, chatbot pesaing kepada ChatGPT daripada Google, dilaporkan telah melalui fasa transformasi. Namanya kini telah ditukarkan kepada Gemini dan bersama-sama dengan pengumuman tersebut, Goolge turut menguar-uarkan beberapa perkara baharu pada ekosistem Gemini mereka.

Contohnya, Gemini Advanced adalah varian Gemini yang tertinggi dan ia ditawarkan secara berbayar. Ia boleh dilanggan pada harga RM97.99/bulan dengan promosi 2 bulan percuma.

image is not available

Apabila melanggan, pengguna boleh memanfaatkan Gemini yang diperkasa model AI terbaik Google iaitu Ultra 1.0 yang katanya mampu mengendalikan tugas kompleks dengan lebih cekap seperti pengekodan, pertimbangan logik, dan tugasan kreatif. Setiap langganan Gemini Advanced turut disertakan Google One 2TB yang sekiranya dilanggan berasingan, harganya adalah RM42.99/bulan.

Google Gemini akan hadir di iOS

Google turut memberitahu yang aplikasi baharu Google Gemini sedang disebarluaskan kepada pengguna telefon. Aplikasi ini sudahpun disenaraikan dalam Play Store namun setakat artikel ini ditulis, ia masih paparkan ralat yang aplikasi masih belum tersedia untuk pasaran Malaysia.

image is not available

Gemini juga akan diintegrasikan kepada Google Assistant dan boleh digunakan di mana-mana bahagian telefon dengan pantas, contohnya sewaktu arahan suara "Hey, Google!" diberikan.

image is not available

Pengguna iOS juga boleh menikmati manfaat Gemini sedikit masa lagi. Daripada demonstrasi yang dikongsikan, ia disatupadukan dengan aplikasi Google sedia ada di iOS dan penguna boleh mengarahkan untuk lakukan perkara sama seperti yang dilakukan di pelayar web iaitu taip masuk prompt yang sesuai untuk mendapatkan respons yang diingini.

Sumber: Google