Google Buang Lebih 1000 Pekerja Termasuk Pengasas Fitbit

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 8:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apokalips industri teknologi belum berakhir dengan proses pengurangan tenaga kerja yang dimulakan pada tahun 2022 melarat ke tahun 2024. Semalam Google telah membuang lebih 1000 pekerja dalam proses penyusunan semula bahagian peranti dan perkhidmatan mereka. Antara yang menjadi korban ialah pengasas Fitbit James Park dan Eric Friedman.

image is not available

Ratusan jawatan telah dimansuhkan pada bahagian perkakasan Pixel, Nest dan Fitbit. Ini adalah usaha Google untuk menggabungkan pasukan rekaan perkakasan mereka di bawah satu payung sekaligus mengurangkan penggandaan tugas dalam organisasi. Turut terkesan ialah bahagian realiti terimbuh (AR) dengan majoriti kakitangan telah dipecat. Google mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka masih komited kepada pembangunan AR pada waktu ini.

Sebelum ini Google, Samsung dan Qualcomm mengumumkan akan membangunkan set kepala AR yang kemudiannya ditangguh sejurus selepas Apple Vision Pro diumumkan. Melihat perkembangan semasa seperti menggantikan Nearby Share kepada Quick Share serta bekerjasama dengan Samsung untuk Wear OS, ini mungkin petanda Google lebih selesa bekerjasama dan tidak lagi membangunkan ciri secara kendiri.

Masa depan Fitbit turut kelihatan kelam dengan jualan penjejak kesihatan ini ditarik dari beberapa pasaran termasuk Malaysia. Selepas diambil alih Google dilihat hanya berminat kepada teknologi Fitbit tanpa usaha untuk meneruskan jualan produk secara lebih serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved