Google Chrome Akan Menghalang Kuki Pihak Ketiga Bermula Januari 2024

TechnologyDigital
18 Dec 2023 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sebelum ini telah menyatakan mereka akan menamatkan sokongan kuki pihak ketiga pada pelayar web Chrome. Ini adalah langkah Google bagi memberikan lebih privasi kepada pengguna tetapi perubahan ini ditangguhkan. Beberapa hari lalu Google mengumumkan penamatan kuki pihak ketiga akan dilakukan bermula 4 Januari 2024.

image is not available

Google turut memberitahu Tracking Protection, iaitu ciri yang mengehadkan penjejakan aktiviti pengguna serta menghalang kuki pihak ketiga akan diberikan kepada 1% pengguna Chrome terlebih dahulu sebelum diedarkan secara meluas pada pertengahan 2024. Ini kerana menjelang pertengahan tahun 2024, Google akan menggunakan Privacy Sandbox sepenuhnya dengan API mula diintegrasikan ke dalam Chrome tahun ini.

image is not available

Menghalang kuki akan menyukarkan sebarang penjejak mengetahui aktiviti pengguna serta dijangka akan memberikan kesan kepada beberapa perkhidmatan, termasuk seperti pengiklanan dan lain-lain. Pengguna yang terpilih akan melihat notifikasi mengenai Tracking Protection. Pengguna turut boleh membenarkan kuki jika laman web yang cuba diakses tergendala atau perlu disegarkan semula banyak kali. Tetapi kuki ini akan mempunyai penjejakan yang sangat terhad.