Google Chrome Ingin Memudahkan Akses Kata Laluan Secara Rentas-Peranti

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Chrome sedia menyokong ciri menyimpan kata laluan dan alamat peribadi untuk mudah diuruskan dan diakses. Banyak borang atas talian kini lebih mudah untuk diisi kerana, Chrome boleh membantu isi butiran secara automatik. Cuma, untuk akses secara rentas peranti – setiap kali pengguna log masuk dengan akaun Google butang Chrome Sync perlu ditekan. Ini akan berubah dalam masa terdekat.

image is not available

Menurut Google, akan datang pengguna hanya perlu log masuk sekali dan semua penyelarasan data awanan yang disimpan dalam akaun Google anda akan terus disimpan ke dalam peranti. Tidak kira anda gunakan pelayar web Chrome di mana, semua kata laluan dan alamat akan boleh diakses. Ciri ini adalah lebih kurang sama yang sudah ditawarkan pada iOS sejak hujung tahun lepas. Cuma, Google baru ingin mengembangkan ciri ini kesemua pengguna Android pula.

Jika anda adalah pengguna Chrome dan menggunakan sistem sekuriti pengesahan dwi-faktor, ciri ini kelak pasti akan lebih memudahkan anda kerana tidak perlu tekan butang tambahan untuk dapatkan data peribadi ke peranti baru.