Google Chrome Kelak Boleh Ubah Imej Ke Teks

TechnologyDigital
23 Jun 2023 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menurut Google tedapat 360 bilion fail PDF yang tidak boleh diakses oleh pengguna buta dan yang kurang daya penglihatan. Untuk menyelesaikan masalah ini, Google telah menggunakan kecerdasan buatan pada pelayar web Chrome untuk mengubah fail PDF kepada teks.

Pengguna tidak perlu memuat turun apa-apa pemalam kerana semuanya terus terbina dalam Chrome. Dengan ciri baharu ini fail PDF boleh diubah menjadi teks dan kemudian ciri pembaca skrin yang sedia ada boleh membaca teks yang telah diubah tadi.

image is not available

Ciri ini dibina berasaskan teknologi yang memberi deskripsi kepada sesuatu imej. Ciri ini akan diedarkan kepada Chrome di peranti ChromeOS terlebih dahulu tidak lama lagi. Ketika artikel ini ditulis Google masih tidak mengumumkan sama ada pengguna Chrome di platform lain turut akan menerimanya atau tidak. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved