Google Chrome Mula Menyokong Pengurus Kata Laluan Pihak Ketiga

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun Google sedang sibuk beralih ke Passkey untuk masa hadapan di mana semua laman web dan aplikasi boleh log masuk tanpa kata laluan, sokongan pengurus kata laluan masih digalakkan oleh mereka. Misalnya pada Chrome, Password Manager adalah pengurus nama pengguna dan kata laluan yang menyokong rentas peranti. Baru-baru ini, Chrome dilihat telah menyokong pengurus kata laluan pihak ketiga pula.

image is not available

Pada tetapan Password Manager di Chrome, terdapat pilihan Use other providers. Selepas memilih perkhidmatan pengurus kata laluan yang terpasang pada peranti Android, kaedah penggunaannya adalah lebih kurang sama. Buka mana-mana laman web yang memerlukan kelulusan pengguna, cadangan nama pengguna dan kata laluan untuk Chrome auto-isi akan muncul di atas papan kekunci. Sumber menggunakan Microsoft Authenticator sebagai contoh.

image is not available
Anak panah merah Lastpass, lagi satu Google Password Manager

Dalam cubaan saya sendiri, Google masih cuba memaksa pengguna menggunakan Password Manager kerana ia kerap muncul terlebih dahulu sebelum Lastpass yang saya pilih muncul. Ciri ini agak menarik kerana tidak semua orang menggunakan pengurus kata laluan oleh Google. Jika anda menggunakan Bitwarden, Lastpass, 1Password dan lain-lain kini anda boleh menggunakannya sebagai pengurus kata laluan utama pada Chrome.

Jika anda berminat, aktifkan ciri ini melalui chrome://flags/#enable-autofill-virtual-view-structure. Ia tersedia pada aplikasi Chrome untuk Android versi stabil, Dev dan juga Canary.

View Original Article