Google Chrome Versi 103 Boleh Memuat Laman Web Lebih Pantas Dan Menyokong Fail Media AVIF

TechnologyDigital
22 Jun 2022 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Chrome telah pun mencapai versi 100. Melaluinya, pelbagai ciri dan fungsi diberikan, logo baharu diperkenalkan serta ia memberi jaminan keselamatan yang lebih baik terhadap privasi dan data pengguna. Versi terkini adalah Chrome 103 dan Google turut menambah lagi perkara baharu untuk pengguna kekal setia dengan pelayar web ini.

image is not available

Pertama sekali adalah laman web akan memuat lebih pantas. Google menggunakan kod respon 103 Early Hints HTTP yang mana pelayar web boleh terus memuat kod daripada pelayan sebelum pautan ditekan. Chrome juga boleh memaparkan fail media .avif, dan turut boleh memaparkan muka taip yang digunakan oleh peranti pengguna.

Kesemua ini sedia dimuat turun untuk peranti Android di Play Store atau melalui fail APK dan juga pada versi web terus dari laman web Chrome.